Pearly Tan-M Thinaah Fokus Aksi Pertama BAC di China Minggu Depan

Pearly Tan-M Thinaah Fokus Aksi Pertama BAC di China Minggu Depan.  Menjelang kejohanan penting BAC di China, Beregu wanita no 1 negara, Pearly tan dan Thinaah kini hanya fokus untuk aksi pertama.


Sebelum ini, isu tidak diturunkan di dalam piala uber akan datang menjadi bualan ramai memandangkan mereka wakil negara yang boleh memperoleh mata dengan mudah.


Pearly Tan-M Thinaah Fokus Aksi Pertama BAC di China Minggu Depan



Pearly dan thinaah akan menentang beregu wanita Jepun yang mana mereka telah menewaskan pasangan matahari terbit itu sebanyak 3 kali daripada 4 perlawanan sebelum ini.


Pearly berkata; 


"Buat masa ini, kami mahu fokus kepada perlawanan pertama terlebih dahulu. Kami akan bincang dengan jurulatih dan pakar analisis untuk lihat strategi apa yang kami boleh gunakan apabila turun menentang mereka (Matsumoto-Nagahara).


"Pada masa sama, kami akan fokus terhadap persiapan diri sendiri. Kami perlu memperkemaskan lagi kombinasi sebagai gandingan dan komunikasi kami dalam gelanggang," katanya.

--


Kita doakan agar  kejohanan BAC kali ini memberi impak positif kepada pemain negara sebagai persiapan untuk Piala Thomas dan juga Sukan Olimpik tidak lama lagi.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama