Lee Zii Jia Tak Main Piala Thomas?

Lee Zii Jia Tak Main Piala Thomas? Selepas pemain beregu wanita no 1 negara tidak bermain di Piala Uber. kini nama Zii Jia pula disebut-sebut untuk tidak menyertai Piala Thomas 2024.


Berkata kepada media,  Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky,


"Dalam pertemuan hari ini, kita bincang mengenai perancangan mereka (Team LZJ) buat Zii Jia. Mereka memang ada memikirkan untuk Olimpik Paris dan sasaran mereka.


Lee Zii Jia Tak Main Piala Thomas?



"Ketika ini Zii Jia berada di ranking ke-10 dunia, jadi mereka sasar dia boleh masuk dalam kelompok lapan terbaik. Ada beberapa perkara yang akan difikirkan bagaimana untuk Piala Thomas.


"Seperti mana pentingnya Piala Thomas, mereka harus memikirkan bagaimana untuk mempersiapkan Zii Jia kerana kalau lihat dari kejohanan yang dia akan bermain bermula BAC (Kejohanan Badminton Asia), Masters Malaysia, Terbuka Singapura, Terbuka Indonesia serta Terbuka Australia.


"Kalau bermain di Piala Thomas, ia akan menjadi 'overload' dan terlalu banyak. Jadi, mereka akan bincang terlebih dahulu mengenai Piala Thomas ini.


"Ada beberapa cadangan daripada mereka, tetapi saya tidak boleh beritahu kerana perlu bincang dengan pengurusan dahulu mengenai apa perancangan dan apa yang mereka mahukan.


"Mereka masih ada masa untuk bincang kerana tarikh tutup pendaftaran pemain Piala Thomas adalah pada 13 April ini," kata Rexy.

--


Andai tiada pemain-pemain popular di Piala Thomas kali ini, maka keserian dan kehebatan kejohanan ini akan menjadi suram. Namun begitu, kita tunggu pengumuman rasmi tidak lama lagi ya. 


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama