-->

June Wei Bakal Sertai Skuad Piala Thomas 2024

Cheam June Wei ialah pemain badminton Malaysia. Dia adalah pemenang pingat emas beregu campuran di Sukan Olimpik Remaja Musim Panas 2014. 


Selepas beberapa pemain utama dikatakan bakal tidak diturunkan dalam Piala Thomas 2024 tidak lama lagi. Kini BAM berusaha untuk memberi cabaran dalam kejohanan tersebut dengan membawa pemain-pemain yang berkualiti.


June Wei Bakal Sertai Skuad Piala Thomas 2024



julatih perseorangan lelaki, Datuk Tey Seu Bock berkata, June Wei masih belum dimuktamadkan lagi untuk Piala Thomas atau tidak.


"Masih belum ada senarai akhir. Tapi kita akan senaraikan pemain perseorangan terbaik. Ini bukan pendedahan.


"Kita juga sedang menunggu kata putus daripada pasukan Zii Jia," katanya.


June Wei yang sudah berusia 27 tahun dilihat turun berlatih dengan pasukan kebangsaan menimbulkan tanda tanya sama ada dia akan menggantikan Lee Zii Jia ke Piala Thomas nanti.


Ditanya juga mengenai perkembangan Tze Yong setakat ini, Jurulatih perseorangan lelaki negara itu berkata;


"Bagi saya tahap trauma Tze Yong lebih teruk daripada Datuk Lee Chong Wei dulu. Ini disebabkan kekuatan fizikal antara kedua-dua pemain itu berbeza.


Chong Wei kuat manakala Tze Yong sebaliknya," ujar Seu Bock lagi.


--


Jadi kita harap kejohanan Piala Thomas kali ini tidak hambar kepada rakyat Malaysia sebaliknya menjadi medan untuk mengenali pemain-pemain muda berbakat untuk diketengahkan.


Semoga June Wei dan Tze Yong dapat menggalas cabaran skuad kebangsaan.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama