Arif Junaidi-Yap Roy King Naib Juara Spain Masters 2024

Meskipun tidak memenang spain masters 2024, kejayaan pemain badminton beregu negara melayakkan diri ke pentas final harus diberi pujian.


Arif Junaidi-Yap Roy King terpaksa akur dengan kekalahan kepada beregu Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam final semalam.


Arif Junaidi-Yap Roy King



Mereka tewas di set ketiga dengan keputusan 18-21, 21-17, 19-21 dalam tempoh 52 minit.


Yang penting gandingan ini dilihat semakin matang dan juga jika kerap diberi peluang maka mereka mampu memberi saingan kepada beregu-beregu lain.


Arif Junaidi-Yap Roy King kini berada di ranking ke 55 dunia dan mereka tewas kepada pemain di ranking ke 34 dunia. Jadi tidak menjadi sebarang masalah kepada mereka jika terus dapat bermain baik selepas ini.


Tahniah dan syabas Arif Junaidi-Yap Roy King!

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama