Perlawanan Menentang Uzbekistan Pasti Sukar - Juan Torres

Malam ini akan berlangsungnya perlawanan pertama skuad negara menentang Uzbekistan dan sudah pasti ini mereupakan perlawanan yang sukar buat skuad negara.


Perlawanan Uzbekistan vs Malaysia akan berlangsung di stadium Antarabangsa Khalifa dan segala keringat perlu di curahkan sebaik mungkin dalam memperolehi kemenangan pertama ini.


Jurulatih U23, Juan Torres berkata kepada media bahawa skuadnya sudah bersedia untuk menentang pasukan lawan hari ini. 


Perlawanan Menentang Uzbekistan Pasti Sukar - Juan Torres



"Selama menjalani latihan sebelum bermulanya kempen Piala Asia, sudah pastinya kita memperbaiki setiap kelemahan apabila mengharungi aksi persahabatan.


"Kita sudah bersedia berhadapan Uzbekistan. Malah, pemain juga tidak gentar terhadap status Uzbekistan apabila mereka akan berusaha memastikan perlawanan pertama memihak kepada Malaysia.


"Seperti dijangka, perlawanan esok adalah sukar namun kita akan berikan terbaik demi negara," katanya, dalam sidang media pra-perlawanan kumpulan D Piala Asia B-23, di Qatar.


Mengikut rekod, kempen kali ini menyaksikan skuad Harimau Muda yang diundi dalam Kumpulan D membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti aksi bertemu Vietnam (20 April) dan Kuwait (23 April).


Tiga pasukan terbaik di Piala Asia B-23 akan mara secara automatik ke Sukan Olimpik 2024 sementara pasukan keempat akan mengharungi 'play-off' menentang wakil Afrika, Guinea.


Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad Harimau Muda pada kempen Piala Asia B-23 adalah mara ke suku akhir edisi 2018 sebelum tewas 1-2 di tangan Korea Selatan.

0 Ulasan

Jom komen ! :)

Catat Ulasan

Jom komen ! :)

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama