-->

Jangan Letak Harapan Tinggi - Zii Jia

Skuad negara Malaysia telah berlepas ke China bagi menghadapi saingan Piala Thomas. Lee Zii Jia berkata Jangan Letak Harapan Tinggi, Senarai Pemain bukan Yang Terkuat dalam kejohanan kali ini.


Zii Jia yang juga pemain perseorangan lelaki no 1 negara berkata dia hanya mahu fokus dalam setiap perlawanannya dan tidak memikirkan perkara lain. 


Bercakap kepada media sebelum berlepas ke China, Zii Jia berkata ; 


Jangan Letak Harapan Tinggi - Zii Jia



"Bagi saya jangan terlalu meletakkan harapan tinggi sebab kita harus sedar jika melihat kepada senarai pemain, kita bukan yang terkuat.


"Hampir setiap edisi Piala Thomas pun kita dalam posisi orang tidak letak harapan yang banyak.


"Tapi kita bukan nak kalah cuma hanya kurangkan tekanan. Jadi, saya fikir lebih baik kita fokus untuk berikan yang terbaik kerana kalau letak harapan tinggi takut ia beri tekanan," kata Zii Jia 


"Saya tidak memikirkan mengenai tamatkan kemarau kejuaraan, tapi saya mahu fokus permainan saya.


"Apa yang berlaku di Thailand pada edisi lalu memang bagi satu pengajaran. Kita yakin lepas menang dengan Jepun, tapi tak sangka akan kalah berdepan India.


"Masa itu kita sangat yakin tapi tiba-tiba kalah, semua tak kecewa tapi terkejut," katanya.


Berdasarkan senarai pemain, Zii Jia yang kini menghuni ranking ke-10 dunia dijangka turun berdepan Lee Cheuk Yiu yang menduduki ranking ke-15.


Rekod pertemuan memihak kepada pemain Hong Kong itu yang menang dua daripada tiga pertemuan mereka sebelum ini.


Zii Jia sebelum ini tidak menyertai kem latihan pusat skuad negara kerana sudah menyusun program latihan tersendiri bersama jurulatihnya, Wong Tat Meng dalam misi ke Sukan Olimpik Paris 2024.


Selain Zii Jia dan Leong Jun Hao, skuad negara turut menyenaraikan Cheam June Wei dan Justin Hoh dalam acara perseorangan.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama