-->

Aksi Malaysia U23 Memalukan Nama Negara

Selesai sudah persembahan yang mengecewakan dari pasukan Harimau Muda kita selepas mereka gagal mengutip sebarang mata dari kejohanan AFC U23 yang berlangsung di Qatar.


Ia juga menjadikan Malaysia sebagai negara paling teruk berbanding negara ASEAN yang lain yang mana mereka tetap memperolehi mata di peringkat kumpulan.


Malaysia kalah 1-2 kepada Kuwait dalam perlawanan terakhir awal pagi tadi. Skuad negara bagaikan hilang arah dalam permainan yang sepatutnya menjadi mudah.


Aksi Malaysia U23 Memalukan Nama Negara




Namun tetap menjadi mangsa kekalahan. Dalam perlawanan ini, skuad Kuwait melakukan 12 percubaan karah pintu gol malaysia dan 7 daripadanya on target. Manalala skuad negara pula melakukan 10 percubaan dan hanyan 4 on target.


Ball posession juga di kuasai oleh Jordan dengan 53% manakala Malaysia hanya 47% sahaja. Pass Accuracy juga dimenangi oleh kuwait dengan 84% dan malaysia dengan 83 %.


Gol pertama terhasil selepas penjaga gol negara dibuang padang kerana mengasari lawan di luar kotak penalti. Dia yang kalut keluar dari kotak melakukan aksi kungfu dengan menanduk kepala pemain kuwait.


Lebih mengecewakan apabila mereka menghadiahkan penalti kepada pasukan Kuwait dalam masa beberapa minit sahaja dari insiden tersebut.


Gol kedua kuwait muncul pada minit ke 60 dan Haqimi berjaya menjaringkan gol pertama negara pada minit ke 63.


Kekalahan ini memberi gambaran kepada kita betapa teruknya skuad negara berbanding pasukan-pasukan lain yang bertanding. FAM perlu fikirkan mengenai apa yang harus dilakukan dan perlu lebih serius membina pasukan yang lebih baik.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama