Senarai Pemenang ABK23

Semalam berlangsungnya majlis anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023. berikut merupakan Senarai Pemenang ABK23 yang telah diumumkan.


Arif Aiman menjadi MVP buat kali ketiga berturut-turut. Pemain terakhir lakukan itu adalah Norshahrul Idlan Talaha pada 2010 hingga 2012. 


Pemain Jdt itu berkata; "Syukur Alhamdulillah kerana saya berjaya meraih anugerah MVP buat kali ketiga dan sebenarnya pun tak sangka juga sebab saya baru sahaja berusia 22 tahun.


Senarai Pemenang ABK23



"Saya gembira dengan segala usaha yang saya lakukan selama ini untuk menang anugerah dan sudah tentu kejayaan ini akan memberi semangat untuk saya melakukan yang lebih baik.


"Saya tidak akan pernah rasa cepat berpuas hati dan seperti biasa saya akan terus berusaha buat yang terbaik untuk diri sendiri dan juga kelab (JDT)," katanya.

            

Senarai Penuh Pemenang ABK23


Pemain Paling Bernilai (MVP) - Arif Aiman Hanapi (JDT)


Jurulatih Terbaik - Tan Cheng Hoe (Selangor)


Penjaga Gol Terbaik - Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (JDT)


Pertahanan Terbaik - Azam Azmi Murad (Terengganu FC)


Pemain Tengah Terbaik - Afiq Fazail (JDT)


Penyerang Terbaik - Arif Aiman Hanapi (JDT)


Pemain Import Terbaik - Bergson Da Silva (JDT)


Pemain Muda Terbaik - Arif Aiman Hanapi (JDT)


Gol Terbaik Liga Malaysia 2023 - Arif Aiman Hanapi (JDT)


Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super - Arif Aiman Hanapi (JDT)/Faisal Abdul Halim (Selangor)


Penjaring Terbanyak Liga Super - Ayron Del Valle (Selangor)


Pasukan Terbaik - JDT


Anugerah Fair Play - Terengganu FC


Anugerah Pemain Terbaik Piala MFL - Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC)


Penjaring Terbanyak Piala MFL - Ebenezer Assifuah (KDA B)


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama