-->

Lupakan Perlawanan Pertama, Fokus Perlawanan Esok

Menjelang aksi kedua menentang pasukan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil esok, jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan gon mendedahkan yang perlawanan sebelum ini kita kekuranagan tahap fizial.


Namun keajaiban di SNBJ diharap dapat menaikkan semangat para pemain dan memberi aura tambahan kepada seluruh pasukan negara.


Lupakan Perlawanan Pertama, Fokus Perlawanan Esok



"Sekarang (perlawanan pertama) tahap fizikal kami tidak berada pada tahap yang diharapkan namun apabila bermain di gelanggang sendiri ia pasti berbeza. Harapannya adalah kami akan terus mencuba dan kami kena teruskan harapan.


"Apa juga situasinya, kita masih ada tiga perlawanan lagi, jadi lebih baik bersikap positif dan melihat lebih ke depan. Kami akan merangka pelan untuk menghadapi satu lagi perlawanan dengan Oman.


"Saya tidak ada rungutan terhadap pemain, kekal hargai sumbangan mereka yang mencuba sehabis baik. Kita tahu peminat mungkin kecewa tetapi kami akan cuba bersiap sedia utuk berikan aksi terbaik," katanya.


Dengan kehadiran para penyokong HM pasti akan membuatkan pemain oman gentar dan takut. Peluang keemasan seperti ini perlu diambil dalam memanfaatkan 3 mata di laman sendiri.


Ayuh Harimau Malaya!



Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama