Harimau Malaya Ubah Taktikal Lawan Oman Esok

Harimau Malaya Ubah Taktikal Lawan Oman Esok. Itulah yang didedahkan oleh pemain pertahanan skuad kebangsaan, Shahrul Saad mengenai perubahan drastik yang dilakukan untuk menang lawan oman nanti.


Harimau Malaya Ubah Taktikal Lawan Oman Esok



Shahrul berkata;  


"Semestinya bermain di tempat kita, saya rasa akan ada pertukaran formasi terutama dari segi serangan. Kita tidak boleh hilang mata untuk perlawanan seterusnya, kita akan bagi all out untuk perlawanan di tempat kita.


"Perlawanan di Oman kita harus bertahan, di sini tidak boleh terus bertahan terlalu lama, kita mahu mata. Kita mahu lebih serangan dan berikan tekanan untuk mendapatkan kemenangan," katanya 


"Kita mampu melakukan sesuatu di tempat kita. Saya pasti kita mempunyai kekuatan sendiri bila bermain di tempat kita," katanya.


Corbin Ong pula berkata; 


"Oman di ranking utama dalam pot (undian), jadi kita beri muka. Tapi saya yakin Malaysia boleh mencipta sesuatu menentang Oman Selasa ini. Lagipun, mereka bukan pasukan tanpa kalah atau apa-apa seperti itu," katanya.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama