-->

Goh Soon Huat-Shevon Lai Juara Swiss Open 2024

Tahniah diucapkan buat beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang berjaya memenangi kejuaraan terbuka Swiss 2024 semalam.


Mereka mengalahkan beregu campuran no 1 Tang Jie-Ee Wei dengan keputusan 21-16 dan 21-13. Mereka juga sebelum ini kalah 2 edisi yang sama berturut-turut dan kali ini barulah mereka menang.


Goh Soon Huat-Shevon Lai Juara Swiss Open 2024



Soon Huat-Shevon yang menduduki ranking ke-14 menewaskan Tang Jie-Ee Wei di ranking kesembilan dalam tempoh 37 minit pada aksi final di St Jakobshalle, Basel.


Selaku juara Terbuka Switzerland, Soon Huat-Shevon membawa pulang hadiah wang tunai AS$16,590 (RM78,583) manakala Tang Jie-Ee Wei AS$7,980 (RM37,799).


Sebagai rekod, ia kali pertama gandingan Malaysia muncul juara dalam acara beregu campuran Terbuka Switzerland sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1955.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama