Chong Wei Jangka Malaysia Juara Kumpulan Piala Thomas dan Uber 2024

Melihat sesi undian Piala Thomas dan Uber 2024 membuatkan Malaysia menarik nafas lega apabila diundi bersama Denmark, Hong Kong dan Algeria.


Manakala pasukan piala uber pula di undi dalam kumpulan Thailand, Taiwan dan juga Australia. Kejohanan akan bermula hujung bulan April 2024 itu bakal memberi sinar baru buat skuad badminton negara.


Chong Wei Jangka Malaysia Juara Kumpulan Piala Thomas dan Uber 2024



Lagenda Badminton negara, Lee Chong Wei beranggapan skuad Malaysia mampu layak ke suku akhir kejohanan memandangkan lawan mudah di peringkat kumpulan.


Chong Wei berkata ; "Berdasarkan undian, saya percaya kita boleh muncul juara kumpulan. Namun, pasukan perlu sentiasa merendah diri dan bekerja sebagai satu pasukan.


"Saya mahu pemain menjauhkan diri daripada media sosial sehinggalah tamat Piala Thomas tetapi ia adalah sangat mustahil pada hari ini.


"Nasihat saya kepada pasukan, elakkan diri daripada sebarang gangguan yang tidak perlu. Sebaliknya, kekal fokus bagi melakukan persiapan bagi menghadapi kejohanan kali ini," katanya.


"Adalah penting untuk kita mengadakan kem latihan pusat sebelum kejohanan, tidak kira di Malaysia atau luar negara.


"Pada 2014, tiada siapa jangka kami boleh mara ke final tetapi kami berjaya melakukannya kerana kami bersatu sebagai satu pasukan.


"Saya percaya jurulatih Rexy (Mainaky) tahu apa yang terbaik. Dia pernah memenangi Piala Thomas dan jurulatih yang berpengalaman," katanya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama