Kim Pan Gon Mahu Padang Yang Baik

Selepas mengadu padang tidak elok pada bulan lepas, Kali ini Kim Pan Gon menagih janji yang diberikan pengurusan stadium nasional bukit jalil yang menjanjikan padang yang baik untuk skuad kebangsaa,


Sebelum ini, kontraktor ada mengatakan yang mereka mampu membaiki padang itu secepat mungkin untuk skuad harimau malaya namun desas desus mengatakan padang masih dalam keadaan buruk.


Baca juga : Senarai Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023.


Kim Pan Gon Mahu Padang Yang Baik



Kim pan gon berkata :  


"Mengenai padang (Stadium Nasional), saya belum lihat lagi. 'Technicians' (kontraktor) janji akan bagi padang yang terbaik pada hari perlawanan.


"Jadi kami perlukan padang yang baik, harap esok kami dapat lihat padang yang bagus," katanya pada sidang media praperlawanan Malaysia menentang Oman di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.


Semoga ada sinar buat padang SNBJ untuk perlawanan malam ini. Kita perlukan 3 mata penting bagi membolehkan skuad negara menarik nafas lega untuk ke piala asia 2027 nanti.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama