Lee Zii Jia Mudah Kalahkan Pemain No 4 Dunia

Lee Zii Jia Mudah Kalahkan Pemain No 4 Dunia, Kodai Naraoka dalam masa 49 minit sahaja. Aksi pertama pemain perseorangan lelaki negara, Zii Jia semalam membuahkan hasil apabila dia mudah kalahkan pemain Jepun, Kodai Naraoka dalam kejohanan All England 2024.


Kejutan ini muncul apabila Zii Jia yang kini di rangking ke 10 dunia berjaya mengalahkan Kodai yang berada di ranking ke 4 dunia.


Lee Zii Jia Mudah Kalahkan Pemain No 4 Dunia



Lebih manis, Zii Jia menang straight set dengan keputusan 21-12 dan 21-19 dalam masa 49 minit sahaja. 


Hari ini, pemain no 1 negara kita itu akan bertemu dengan pemain dari negara jiran, Singapura,  Loh Kean Yew di pusingan kedua.


Keean Yew yang turut menang mudah keatas pemain Hong Kong dengan keputusan 21-12, 21-17.


Rekod terbaik Lee Zii Jia di ALL ENGLAND adalah apabila menjuarai kejohanan itu pada 2021. Namun pada edisi terakhir Dia kecundang di tangan pemain China, Shi Yu Qi dengan keputusan 19-21, 13-21.


Mampukah Zii Jia membalas kepercayaan dan sokongan rakyat Malaysia dengan merangkul kejuaraan All England pada musim ini? sama-sama kita nantikan.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama