Kim Pan Gon Kecewa dengan Peminat Yang Mahu Di Letak Jawatan

Muncul sebagai pengendali pertama yang membawa Malaysia ke Piala Asia 2023 baru-baru ini membuatkan kim pan gon menjadi sasaran haters.


Susualan dari prestasi yang kurang memberansangkan di Piala Asia, ada yang meminta dia meletakkan jawatan. Pan gon meluahkan rasa kekecewaan dengan permintaan itu selepas apa yang diberikan untuk skuad negara.


Kim pan gon berkata :  


Kim Pan Gon Kecewa



"Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Keadaan berbeza ketika ini kerana kami agak ketinggalan dari sudut kecergasan pemain dan minit permainan kerana liga (Liga Malaysia) hanya bermula pada Mei.


"Sangat penting supaya semua (peminat dan pemerhati) bersatu kerana sasaran kita sekarang berbeza untuk layak ke Piala Asia setiap empat tahun.


"Kita perlu menunggu kerana 'nasi tak boleh dimasak dalam satu minit', kita perlukan masa dan percaya dengan proses ini," katanya 


"Dalam masa dua tahun ini, kami meletakkan banyak usaha dan memberikan kegembiraan buat penyokong Malaysia tetapi selepas satu perlawanan, anda menyerang saya dan meminta saya meletak jawatan.


"Perkara ini membuatkan saya kecewa dan menyakitkan hati," katanya


Skuad negara akan bertemu dengan Oman pada 21 Mac dan 26 Mac ini. Ayuh beri sokongan anda kepada skuad kebangsaan.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama