-->

Jun Hao mara ke pusingan seterusnya

Aksi pemain muda negara, Leong Jun Hao agak baik apabila dia berjaya mengalahkan pemain tuan rumah dalam perlawanan terbuka sepanyol di Madrid semalam.


Jun Hao menewaskan Pablo Abian dengan keputusan 21-16 dan 21-18 dalam masa 38 minit sahaja. Abian berada di ranking ke 65 pemain badminton dunia tidak memberi masalah kepada pemain muda negara kita.


Jun Hao mara ke pusingan seterusnya



Namun begitu, kita kehilang pemain beregu negara Roy King Yap dan Valeree Siow kecundang dua set terakhir selepas mendahului pada set pertama.


Mereka kalah kepada Rehan Naufal Kusharjanto dan Lisa Ayu Kusumawati. Perlawanan berlangsung selama 56 minit.


Goh Soon Huat dan Lai Shevon Jemie juga kalah kepada pasangan China, Cheng Xing dan Zhang Chi dengan keputusan  21-18 dan 21018. perlawanan berlangsung selama 34 minit sahaja.


Hari ini pemain beregu lelaki negara Junaidi Arif dan Roy King Yap akan bertemu dengan pemain taiwan Lu Chen dan Po Li WEI.


Manakala Jun Hao akan bertamu dengan pemain taiwan juga, Lin Chun Yi yang kini berada di kedudukan ke 19 pemain terbaik dunia.  Manakala Jun Hao di rangking ke 37 dunia.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama