Berbaki dua bulan lagi menjelang sepak mula Liga Super 2024, Pasukan Kelantan Darul Naim sambar ubi korea selatan bagi memperkuatkan pasukan itu.
KDN FC dalam satu kenyataan media berkata; Trio Korea Selatan Perkuat KDNFC.
Bek muda kelab K League 1, Daegu FC, Ri-Gwan Kim sah menyertai keluarga Kelantan Darul Naim FC untuk musim baharu Liga Malaysia 2024/25 setelah bersetuju menerima tawaran kontrak semusim.
Selain itu, skuad yang berpangkalan di Kota Bharu itu turut menyambar tiga lagi pemain kelahiran Korea Selatan untuk memperkuatkan pasukan Liga Super dan Piala MFL bagi menghadapi persaingan panjang tahun ini.
Kemasukan Ri-Gwan Kim bertujuan mengukuhkan jentera pertahanan Sang Kijang Emas manakala pemilihan tiga lagi rakan senegaranya, Ahoe. Koo, Bae Kyeong Hwan serta Jung Byung Ju adalah untuk menambahkan lagi pilihan jurulatih bila dua saingan itu nanti telah bermula.
Presiden, YB Rozi Muhamad berkata, pihaknya memilih untuk merantai empat pemain ini bukan sahaja untuk bersaing di kejohanan tertinggi liga bola sepak Malaysia malah membolehkan pasukan bawah 23 tahun mereka turut bersaing hebat dengan pencabar yang lain.
"Ri-Gwan Kim beraksi di pertahanan tengah. Dia berusia 20 tahun dan merupakan bakat muda dalam Liga Korea. Setelah menamatkan karier remaja B-18 Daegu FC, dia pantas diserap masuk ke skuad simpanan kelab divisi 1 Korea tersebut".
"Tiga lagi pemain, juga usia yang masih muda tetapi memiliki karier yang sangat baik ketika pembentukan bakat bersama kelab di negara mereka. Ini adalah pengalaman pertama mereka beraksi di luar negara kecuali Ahoe. Koo yang telah bermain dengan sistem bola sepak di Jepun sejak musim 2018".
"Pemilihan mereka juga dilakukan atas nasihat jurulatih yang dilantik sewaktu pihak kelab berada di Korea, bulan lalu".
Jelas YB Rozi, dengan menandatangani mereka akan menjadikan Kelantan Darul Naim FC lebih mantap serta berdaya saing pada saingan musim baharu nanti.
Dengan penyertaan mereka, wakil dari Kelantan ini telah memiliki lima import untuk digunakan dalam kejohanan anjuran Malaysian Football League (MFL).
Kelantan Darul Naim FC juga bakal menerima beberapa lagi import pada akhir Mac dan awal April ini dalam rangka persiapan rapi menuju perlawanan pembukaan Liga Super pada Mei depan.
--
Namun begitu, masih ada beberapa pemain bakal masuk ke KDN FC tidak lama lagi dan peminat perlu tunggu pengumuman rasmi daripada pengurusan pasukan.
Catat Ulasan
Jom komen ! :)