-->

Pearly Tan dan Thinaah Tak Main di Piala Uber 2024

Satu kenyataan yang mengejutkan namun masih belum diputuskan sama ada pemain beregu wanita no 1 negara, Pearly Tan-M Thinaah bermain atau tidak di Piala Uber hujung April ini.


Rexy Mainaky berkata; 


Pearly Tan dan Thinaah Tak Main di Piala Uber 2024



"Ia tidak bermakna kita memperlekehkan peluang di Piala Uber, namun lebih realistik sebab nanti kalau mereka bermain dan hanya menang satu mata sahaja tetap kita kalah 1-4. Saya cakap betul bukan sesuatu yang bodoh sahaja," katanya 


"Jika Piala Uber adalah kejohanan terakhir hingga Olimpik tidak ada apa-apa kejohanan mungkin akan mempersiapkan mereka di sana serta boleh beraksi di Piala Uber.


"Sekarang ini sama ada mereka akan ikut pasukan berlatih di sana atau hanya persiapkan diri di sini, sekarang belum ada keputusan. Selepas ini kita akan berbincang dengan pihak pengurusan sama ada Pearly-Thinaah tidak ke sana. Semua bergantung sama ada pihak pengurusan benarkan atau tidak, tapi pemikiran jurulatih seperti itu," katanya.



"Kalau kita ada di posisi seperti China, Jepun atau Korea Selatan, mempunyai peluang menang trofi mungkin tidak fikirkan Olimpik, sama juga kalau kita tak letak pemain yang bagus di Olimpik orang pasti akan kecam kata kita tak serius juga.


"Kita realistik sahaja di Piala Uber bukan kecilkan pasukan. Beri peluang untuk ketengahkan pemain muda. Setakat ini tidak tahu sama ada Pearly-Thinaah sudah fokus ke Olimpik mungkin mereka sudah bersedia ke Piala Uber, mana kita tahu," katanya.


Tambah Rexy, mengenai pengganti beliau berkata setakat ini memiliki Teoh Mei Xing, cuma tidak tahu keadaan Anna Cheong.


"Kita juga masih memiliki Go Pei Kee, Low Yeen Yuan dan Tan Zhing Yi. Zhing Yi-Mei Xing beraksi dengan baik ketika Kejohanana Badminton Berpasukan Asia (BATC). Cuma buat masa sekarang belum ada keputusan.


"Kami juga belum bincang dengan Pearly-Thinaah, kita akan lihat mereka mahu main (Piala Uber) atau tidak. Kita perlu lihat perkara paling penting," katanya.


Skuad badminton negara diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Taiwan dan Australia, dengan dua pasukan teratas bakal melayakkan diri ke suku akhir.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama