Aaron Chia-Soh Wooi Yik Terkandas di Suku Akhir

Berita sedih pagi ini apabila menyaksikan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik  terkandas di suku akhir kepada pasangan korea selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.


Mereka kalah 19-21 dan 16-21 dalam perlawanan yang berlangsung hampir 45 minit. Kekalahan ini juga menyaksikan semua pemain skuad negara sudah tumbang di terbuka perancis minggu ini.


Aaron Chia-Soh Wooi Yik



Tiada yang layak ke final dan juga semi final. Rekod pertemuan yang kurang baik diantara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan juga pasangan korea ni bertambah kepada kekalahan ke tiga mereka.


Pencapaian Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam beberapa kejohanan sebelum ini boleh dibanggakan apabila mereka tidak kalah awal dan sekurang-kurangnya mereka bermain di suku akhir berbanding pemain-pemain negara yang lain.


Sementara itu, pemain Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei tewas semalam ke atas beregu China dengan keputusan 18-21, 14-21. 


Minggu hadapan, Semua pemain Malaysia bakal memberi fokus yang maksima kepada aksi ALL England yang pasti akan menjadi tumpuan rakyat Malaysia.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama