Rexy Puji Pearly Tan dan Thinaah

Ramai mempersoal mengenai prestasi beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah selepas mereka kalah mengejut seawal pusingan pertama kepada beregu China.


Ini juga kekalahan ketiga mereka dalam 5 kejohanan dunia terakhir yang mereka sertai. Selepas ini mereka bakal meneyrtai kejohanan All England sebagai persiapan menjelang Olimpik Paris 2024 nanti.


Rexy Puji Pearly Tan dan Thinaah



Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky tampil mempertahankan pemainnya.


Rexy berkata ; "Pearly-Thinaah secara perlahan-lahan kembali mendapat keyakinan mereka selepas menurun susulan kecederaan membelenggu Pearly sebelum ini.


"Pergerakan mereka di dalam gelanggang bertambah baik dan mereka kembali bermain secara agresif.


"Mereka sepatutnya mampu melakukan persiapan lebih baik jika tidak kerana Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) yang mana mereka hilang dua minggu tempoh latihan.


"Kami akan terus membantu mereka. Mereka boleh lakukan lebih baik lagi berbanding sekarang dan semuanya kini adalah mengenai untuk mendapatkan semula keyakinan mereka," kata Rexy.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama