-->

Bermain ketika Off Season Buat Pemain Sukar - Brendan Gan

Ramai sedia maklum mengenai panggilan skuad kebangsaan di tengah-tengah musim cuti bagi pemain bola sepak di Malaysia memandangkan liga hanya akan bermula pada bulan Mei nanti.


Brendan Gan yang kini bersama dengan skuad kebangsaan untuk kelayakan piala dunia menentang Oman berkata situasi sekarang ini agak sukar kerana perlu mengemas kini stamina setiap pemain di musim 'cuti' .


Brendan Gan



Brendan berkata ; 


"Tentulah agak sukar bagi pemain untuk kembali dan berlatih terutamanya ketika 'off season' dan bagi saya adalah menjalani latihan intensif selama satu atau dua minggu.


"Kem latihan ini adalah peluang bagi saya untuk menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh sekali gus mampu mengekalkan keupayaan untuk bersaing dengan pasukan seperti Oman.


"Pada musim 'off season' bukan untuk tiket pemain bersenang lenang iaitu menonton televisyen atau duduk saja namun sebagai pemain perlu mengekalkan kecergasan pada tahap optimum," katanya, 


Malaysia akan melalui satu perlawanan persahabatan sebelum beraksi menentang Oman di tempat lawan dan kembali bermain di tempat sendiri seminggu selepas itu.


Semoga kemenangan menjadi milik Malaysia dalam semua perlawanan musim ini.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama