Tiada tawaran rasmi dari KFA setakat ini

Desas desut jurulatih harimau malaya, Kim Pan Gon bakal mengemudi negaranya korea selatan nampak tidak akan berlaku kerana tiada tawaran rasmi dari KFA setakat ini untuk Pan Gon.


Tiada tawaran rasmi dari KFA setakat ini



 Situasi terbabit disahkan Timbalan Presiden (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata; 


"Buat masa sekarang tiada permintaan rasmi daripada KFA untuk mendapatkan semula khidmat Pan-gon untuk dipanggil semula ke Korea Selatan tatkala perlawanan (kelayakan Piala Dunia) menentang Oman terlalu hampir.


"Malah, KFA yang mencalonkan Pan-gon kepada kami sebelum ini dan saya rasa tak mungkin pihak mereka panggil kembali ketika usaha serta perubahan yang dibawanya agak ketara," katanya, 


"Kita juga sudah menandatangani kontrak lanjutan dengan Pan-gon serta ada perancangan jangka panjang dengan Pan-gon. "FAM harap kita dapat teruskan momentum pada kempen Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 nanti," katanya.


Prestasi kurang baik Korea Selatan di Piala Asia 2023 baru-baru ini membuka ruang KFA untuk mencari pengganti kepada Jurgen Klinsmann selepas jurulatih jerman itu gagal memberikan piala kepada rakyat Korea.


Selain kim pan gon, nama lain yang cuba dirisik oleh KFA adalah Shin Tae Yong jurulatih Indoneesia dan juga Park Han Seo bekas jurulatih Vietnam. 


Kita juga berharap Kim Pan gon kekal dengan skuad negara sehingga piala asia 2027 pula nanti.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama