-->

Lee Zii Jia ketuai kemenangan Malaysia keatas Kazakhstan

 Lee Zii Jia ketuai kemenangan Malaysia keatas Kazakhstan. Selesai sudah aksi kedua peringkat kumpulan membabitkan skuad negara menentang skuad dari negara Kazakhstan. Keputusan perlawanan badminton asia team championship tadi menyaksikan Malaysia selesa menang 5-0 keatas pasukan lawan.


Lee Zii Jia ketuai kemenangan Malaysia keatas Kazakhstan



Kemenangan Malaysia keatas Kazakhstan buka pintu ke suku akhir


Lee Zii Jia membuka perlawanan dengan memenangi straight set mengalahkan lawan Dmitriy Panarin dengan keputusan 21-11 21-10.


Kemudian dalam perlawanan kedua Jun Hao berjaya mengalahkan Bayken Ibray dengan keputusan 21-8 21-11. manakala perlawanan ketiga menyaksikan pemain muda negara Eogene Ewe mengalahkan Makhsut Tajibullayev dengan keputusan 21-7 21-9.


Sementara itu kedua-dua beregu negara juga tidak punya masalah mengalahkan lawan mereka. Choong Hon Jian- Haikal Nazri mengalahkan Ratmir Gilmanov - Ibray Braken dengan keputusan 21-10, 21-9. 


Manakala beregu berpengalaman negara Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani mengalahkan pasangan beregu kazakhstan Khaitmurat Kulmatov-Makhsut Tajibullayev dengan keputusan 21-6 21-2.


Esok, skuad negara akan menentang pasukan Chinese taipei untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan.



Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama