Skuad Badminton Wanita Malaysia Jadi Lauk Indonesia

Impian untuk melihat skuad badminton wanita Malaysia beraksi di final Badminton Asia Team gagal terlaksana apabila mereka mudah dikalahkan pemain muda Indonesia dalam perlawanan sebentar tadi.


Dalam perlawanan suku akhir itu skuad wanita negara kalah 0-3 kepada Indonesia. Lebih memalukan apabila, Indonesia hanya menghantar skuad pelapis sahaja di kejohanan kali ini.


Kekalahan pertama di raih K Letshanaa yang kalah ditangan Putri Kusuma Wardani dengan keputusan 12-21, 21-18, 13-21.


Skuad Badminton Wanita Malaysia Jadi Lauk Indonesia



Perlawanan kedua juga kalah apabila Kapten skuad badminton wanita Malaysia, M Thinaah dan rakannya Pearly Tan gagal memanfaatkan peluang bermain di hadapan penyokong sendiri.


Mereka kalah dengan keputusan  14-21, 21-18, 15-21.


Thinaah berkata kepada media; 


"Pasangan lawan mudah membaca pemainan kita, di mana kami pula tidak mempunyai corak pemainan berbeza untuk kembali memberi tentangan kepada mereka. Kami cuba untuk melawan namun pukulan mereka lebih konsisten," kata 


Harapan untuk bangkit jelas gagal apabila pemain muda negarra Wong Ling Ching juga kalah kepada Ester Nurumi Tri Wardoyo dengan keputusan 21-14, 15-21, 16-21.


Pada kejohanan edisi lepas pada 2022, skuad negara berjaya sampai ke separuh akhir dan kali ini hanya suku akhir dan pasti ia menggusarkan semua pihak menjelang olimpik 2024 pada julai nanti.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama