-->

Skuad Badminton Lelaki Malaysia Selangkah Kekalkan Kejuaraan

Memang tak disangka skuad badminton lelaki Malaysia berjaya melangkah ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) buat kali ketiga berturut-turut.


Sebelum perlawanan skuad negara mendapat tamparan hebat apabila Ng Tze Yong cedera teruk dan tidak dapat bermain petang tadi. Ditambah pula Lee zii jia juga mempunyai masalah kesihatan.


Namun Zii Jia bangkit dan tetap bermain membantu rakan-rakannya mengalahkan jepun dengan keputusan 3-1.


Skuad Badminton Lelaki Malaysia Selangkah Kekalkan Kejuaraan



Zii jia cemerlang mengalahkan Kenta Nishimoto dengan keputusan 21-18 dan 21-15.


Kemudian beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menang keatas  Akira Koga-Taichi Saito dengan keputusan 15-21, 21-17, 21-10.


Namun Jun Hao pula kalah tipis kepada Koki Watanabe dengan keputusan 19-21 21-12 21-19/. Kemudian beregu kedua negara Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei memberi kemenangan kepada skuad badminton lelaki Malaysia.


Mereka mengalahkan Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura dengan keputusan 21-15, 21-19 sekali gus membawa Malaysia ke pentas final.


Malaysia bakal bertemu China dalam aksi final esok.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama