JDT Sambar bintang Kedah

Disebalik kerancakan  pasukan lain membeli pemain, JDT sambar bintang Kedah secara senyap-senyap dan tidak dihidu oleh mana-mana pasukan.


Semalam, JDT mengeluarkan kenyataan apabila mereka secara rasmi menandatangani beberapa pemain liga tempatan bagi pasukan itu.


JDT Sambar bintang Kedah



Ketua Pegawai Eksekutif, Alistair Edwards berkata mereka sudah menandatangani 4 pemain iaitu adik beradik dari pasukan Kuala Lumpur City FC, (KL City FC), Declan Lambert dan Ryan Lambert turut menyertai skuad Harimau Selatan dan termasuk pemain Terengganu FC (TFC), Azam Azmi.



"JDT menandatangani Azam (Azmi), Manuel (Hidalgo), Declan dan Ryan Lambert. Kami juga dalam perbincangan untuk menandatangani seorang penjaga gol.


"Azam dan Declan masing-masing dipinjamkan kepada Terengganu FC dan KL City FC manakala Manuel pula akan dipinjamkan kepada Sri Pahang FC bagi mengharungi kempen Liga Super musim ini.


"Kedudukan Ryan akan berlatih bersama pasukan JDT dan belum ada keputusan lagi sama ada dia akan dipinjamkan atau diserapkan dalam skuad JDT pada musim baharu liga nanti," kata Edwards dalam kenyataan itu.


Bagi pemain import pula, JDT sudah menanda tangani pemain-pemain seperti  Jalil Elias, Murilo Henrique selain mengekalkan Bergson Da Silva, Fernando Forestieri, Heberty Fernandes dan Juan Muniz bagi menguatkan skuad itu bagi menghadapi saingan Liga Super dan aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama