Cheng Hoe tinggalkan Selangor, Pilih Latih Kelab Thailand

Memang mengejutkan apabila pasukan Selangor FC membuat pengumuman mengenai jurulatih mereka Tan Cheng Hoe tinggalkan Selangor kerana mendapat tawaran luar negara.


Jodoh pasukan cheng hoe dengan selangor tidak panjang. musim lalu jurulatih itu berjaya meningkatkan prestasi pasukan selangor sehingga membolehkan Selangor bermain di Asia musim ini.


Cheng Hoe tinggalkan Selangor,



Kenyataan media yang dikeluarkan oleh pasukan lembah klang itu berbunyi; 


"Selangor FC dan Tan Cheng Hoe telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak beliau berkuatkuasa secara serta merta. 


Kelab telah dimaklumkan berkenaan keputusan Tan Cheng Hoe untuk meninggalkan Selangor FC bagi menggalas tugas sebagai ketua jurulatih di sebuah kelab di Thailand. 


Selangor FC juga telah menerima bayaran pampasan berdasarkan kontrak beliau," kata kenyataan itu.


Malah pada musim 2022 lalu, Cheng Hoe hampir menghadiahkan trofi Piala Malaysian sebelum tumbang di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) di final dengan 1-2.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama