Tolong Jaga Para Pemain Kita, Son Heung Min MARAH dengan Netizen Korea Selatan

Selepas layak ke aksi pusingan ke 16, Ketua pasukan Korea Selatan Son Heung-min meluahkan rasa sedih dan merayu kepada media dan terutamanya netizen korea selatan agar tidak membuat kecaman melampau ke atas pemain dan pasukan kesayangan mereka itu.


Son tampil membela rakan pasukannya yang menerima kritikan pedas dari rakyat mereka sendiri susulan pasukan korea selatan di lihat bergelut untuk layak ke pusingan 16 terbaik sebelum ini.


Tolong Jaga Para Pemain Kita, Son Heung Min MARAH dengan Netizen Korea Selatan



Pemain tottenham itu berkata; 


"Saya minta jasa baik anda semua, lindungi pemain ketika kejohanan dan bantu pasukan. Memang sedih, ia benar-benar memberi kesan di dalam bilik persalinan," katanya kepada wartawan mengenai kritikan diterima mereka.


"Ada diantara kami dikritik dengan cercaan melampau dan ia mengecewakan pasukan. Kami bekerja keras di atas padang dan memberikan apa sahaja untuk penyokong dan negara.


"Tolong lindungi pemain, rakan sepasukan dan pasukan itu sendiri. Sebelum mereka bergelar pemain, mereka sama seperti anda. Mereka mempunyai keluarga dan anak-anak.


"Apabila anda menyertai kejohanan ini, tiada pasukan pilihan kerana sentiasa ada 'underdog' yang mengejar anda," kata Heung-min.


"Bagi bola sepak Asia, ia sangat bagus kerana kejohanan ini semakin sukar. Semua pasukan berminat dengan kejohanan ini sekarang sekali gus petanda sangat baik.


"Keputusan sukar diterima tetapi kredit wajar diberikan kepada pasukan Malaysia, mereka berjuang sehingga minit terakhir dan saya bangga dengan bola sepak Asia."


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama