Saya Tak Berpuas Hati - Faisal Halim

Faisal halim tampil meluahkan kekecewaannya mengenai permainannya sendiri dalam perlawanan menentang Jordan awal pagi Selasa waktu Malaysia. Dalam perlawanan itu, Malaysia kalah besar di tangan jordan dengan 4-0.

Ia sekali gus membuka mata rakyat mengenai kemampuan sebenar harimau malaya bermain di pentas asia. 

Faisal juga berkata "Saya pun rasa kurang memberi impak malam ini." 


Saya Tak Berpuas Hati - Faisal Halim





"Sudah tentu saya tak berpuas hati, bukan kata saya saja, semua pemain yang bermain di padang hari ini (awal pagi tadi) dah tentu tak berpuas hati.


"Walaupun saya main bagus sekalipun, tapi kalau kita kalah pun tak guna juga. Saya pun merasa kurang memberi impak malam ini, sebab sukar untuk kita dari segi corak permainan.


"Kita boleh kawal bola dan buat banyak hantaran dan kawal permainan. Tapi untuk menyerang mereka juga sudah jangka.


"Kita analisis (kelemahan pasukan Jordan) tapi malam ini berubah dan ia sedikit sebanyak mengganggu. Kita pula kena dua gol awal," katanya selepas aksi itu.


"Saya pun kalau fikir balik, dalam Kelayakan Piala Dunia lawan Kyrgyzstan, India dan China, kita masih lagi boleh beri saingan.


"Tapi bila dekat Piala Asia ini, 'level' yang lebih jauh dan lebih tinggi...sudah tentu pemain semua dengan kegugupan masing-masing kita cuba berikan terbaik.


"Tapi banyak lagi yang kita perlu belajar. Kita masih ada lagi dua perlawanan dan peluang untuk kita orang cakap sukar, tapi dalam bola sepak kita perlu usaha dulu dan buat sebaiknya untuk cuba membanggakan rakyat Malaysia," katanya.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama