Kim Pan Gon Mohon Maaf

Selepas kekalahan kepada Jordan pada awal pagi selasa, jurulatih pasukan negara, Kim Pan Gon tidak tunggu lama untuk memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kekalahan besar tersebut.


Malaysia kalah 0-4 kepada Jordan dalam saingan pertama kumpulan E yang berlangsung di Stadium AL Janoub. Sebelum perlawanan berlangsung, ramai pemerhati bola sepak negara berpendapat Malaysia mampu menang ke atas Jordan.


Tetapi berlaku sebaliknya apabila kita pula di belasah hebat oleh pasukan Jordan.


Kim Pan Gon Mohon Maaf



Pan Gon juga akui pemain-pemainnya agak gugup ketika menentang pasukan Jordan. Pada masa yang sama dia akui pemainnya sudah lakukan yang terbaik dalam perlawanan tersebut.


"Saya mohon maaf kepada peminat dan pemain sudah cuba beri saingan tapi kita tidak mampu beri tentang kepada Jordan," katanya pada sidang media selepas aksi itu.


"Saya ucapkan tahniah kepada pasukan Jordan, mereka persembahkan aksi terbaik malam ini. Secara fizikal dan taktikal mereka lebih baik," katanya.

--


Jangan risau coach. Teruskan berusaha dan mendidik anak Malaysia menjadi pemain bola sepak yang lebih baik di masa hadapan. Kita juga masih ada dua perlawanan berbaki.


Semoga kita dapat melakar kejutan dengan kemenangan dalam masa yang sama boleh layak ke pusingan seterusnya.


Ayuh bangkit harimau malaya!



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama