Perlawanan Menentang Bahrain Sangat Kritikal

Menjelang perlawanan menentang Bahrain malam ini, Skuad Harimau Malaya perlu keajaiban dan fokus bagi memenangi perlawanan penting ini. Misi Hidup dan mati yang perlu dititik beratkan dalam perlawanan ini memandangkan Malaysia memerlukan 3 mata berharga.


Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon berkata perlawanan ini merupakan perlawanan kritikal. Skuadnya tidak mahu seri atau kalah sebaliknya mahu menang.


Perlawanan Menentang Bahrain Sangat Kritikal



Pan Gon berkata; "Kami lihat semua perkara untuk menang perlawanan ini dan kami tidak mahu seri atau kalah terutama untuk aksi esok yang amat kritikal.


"Ia (kemenangan) penting untuk kami dan kami perlu menang dengan Bahrain. Begitu juga pertemuan dengan Korea Selatan dan perlu meraih sesuatu biarpun kami tahu kualiti pasukan negara agak jauh daripada Korea," katanya pada sidang media praperlawanan di sini, hari ini.


"Selepas perlawanan pertama kami sudah membuat analisis bersama pemain dan betulkan kesilapan. Kami buat persediaan sebaiknya untuk perlawanan ini dan kami sudah bersedia mahu berikan sepenuh komitmen," katanya.


Ayuh rakyat Malaysia, perbanyakkan doa supaya kita dapat memenangi perlawanan menarik ini. Semoga kita boleh menduduki tangga 3 terbaik untuk layak ke pusingan seterusnya.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama