Motivasi Pasukan Malaysia Semakin Tinggi

Menjelang pertembungan hidup dan mati skuad Harimau Malaya malam ini menentang pasukan Bahrain untuk Piala Asia 2023. Barisan pertahanan menjadi tumpuan kerana merekalah benteng terakhir yang memastikan gawang kita tidak dibolosi.


Motivasi Pasukan Malaysia Semakin Tinggi



Shahrul Saad merupakan pemain yang berpengalaman di bahagian pertahanan dan akan mengemudi benteng tengah itu dalam perlawanan menentang Bahrain. Dia melaungkan keyakinan untuk memenangi perlawanan ini.


Pemain JDT itu berkata;  


"Kami membuat persiapan sebaiknya dalam beberapa hari lalu dan pemain semuanya dalam mood positif. Kami tahu bahawa kami boleh melakukan sesuatu untuk perlawanan esok dan itu pasti.


"Malah pasukan ini juga mempunyai barisan pemain berkualiti dan kami tahu kami mampu melangkah jauh dalam kejohanan ini.


"Kami akan turun menjaringkan gol dan kami juga akan bertahan dengan sebaiknya bagi memastikan kemenangan berpihak kami," kata pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.


Skuad Harimau Malaya perlu menang dalam perlawanan ini bagi mengelakkan dari pulang awal daripada kejohanan besar seperti ini. Ayuh Harimau Malaya!! Doa kami untuk anda.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama