Jurulatih Bahrain Yakin Kalahkan Malaysia Malam ini

Menjelang pertemuan Bahrain vs Malaysia malam ini, kita dapat lihat pasukan Bahrain tampak sangat yakin untuk mengalahkan pasukan negara. Ia di lontarkan sendiri oleh jurulatih pasukan mereka sebagai perang psychology kepada kem Malaysia. 


Jurulatih Bahrain Yakin Kalahkan Malaysia Malam ini



KETUA jurulatih pasukan Bahrain, Juan Antonio Pizzi 


"Bahrain akan turun untuk menang dan itu matlamat pasukan. Selepas tewas kepada Korea Selatan, kami perlu bangkit dan dapatkan tiga mata," kata Pizzi.


"Sudah tentu kami buat analisis babitkan perlawanan antara Malaysia dan Syria serta aksi ketika mereka menentang Jordan.


"Apapun fokus kami hanya kemenangan dan pemain sedar akan misi yang diletakkan," katanya.


--


Sekarang ini tumpuan akan terarah kepada pasukan Malaysia. Kita perlu menang, Bahrain pun nak menang. Siapa yang betul-betul serius nak bawa balik mata akan bermain bermati-matian.


Jangan putus asa awal-awal, masih ada 90 minit lagi dan jangan bazir masa buat lah yang terbaik skuad harimau malaya!


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama