Yazan AL Arab Bantu Malaysia Hidupkan Peluang ke Pusingan 16 terbaik

 Itulah yang aku boleh katakan selepas melihat Yazan menjaringkan gol sendiri bagi membantu korea selatan mencatatkan keputusan seri dengan Jordan. 


Yazan AL Arab Bantu Malaysia Hidupkan Peluang ke Pusingan 16 terbaik



Gol minit akhir perlawanan itu umpama keajaiban untuk membantu Malaysia layak ke pusingan seterusnya. Cumanya Malaysia perlu menang menentang Jordan malam ini.


Highlight perlawanan Jordan vs Korea selatan.


Pasukan Korea selatan terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke 9 menerusi sepakan penalti yang diambil oleh penyerang Tottenham Son Heung Min.


Kemudian Park Yong Woo pula menjaringkan gol sendiri pada minit ke 37 untuk menjadikan kedudukan 1-1. Hampir rehat babak pertama, Yazan Al Naimat menjaringkan gol yang membolehkan Jordan mendahului dengan jairngan 2-1.


Bersambung babak kedua, masing-masing bertukar serangan dan tiada pertambahan gol sehinggalah masa kecederaan apabila Yazan al arab menjaringkan gol sendiri pada minit ke 91. 


Keputusn akhir, Jordan 2-2 Korea selatan.


Statistik perlawanan Jordan Vs Korea Selatan.


Pasukan Jordan hanya melakukan 12 percubaan dan 4 daripadanya adalah on target. Manakala Korea selatan melakukan 21 percubaan dan hanya 7 on target.


Possesion ball pula dimenangi oleh Korea Selatan dengan 66% manakala Jordan Hanya 34% sahaja.


Yazan AL Arab Bantu Malaysia Hidupkan Peluang ke Pusingan 16 terbaik



Pass accuracy untuk pasukan korea selatan adalah 86% dan ini juga peratusan yang sangat tinggi berbanding pasukan yang bertanding dalam piala asia kali ini. Manakala Jordan hanya 70% penguasaan bola sahaja. 


Hasil dari perlawanan ini, Jordan masih mendahului kumpulan E dengan 4 mata. manakala pasukan Korea di tempat kedua juga dengan 4 mata. Kumpulan ini masih terbuka untuk mana-mana pasukan layak ke pusiingan 16 terbaik nanti.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama