Palestin kotakan Janji Kepada rakyatnya

Selepas kemenangan 3-0 keatas Hong Kong awal pagi tadi waktu Malaysia, Kapten pasukan Palestine mengatakan bahawa pasukan itu melunaskan janji mereka kepada rakyat Palestin selepas mara ke pusingan seterusnya.




Palestin kotakan Janji Kepada rakyatnya


Palestin mencipta kejutan layak kali pertama ke pusingan 16 terbaik semalam dan Oday Dabbagh menjadi wira pasukan iitu.


Kapten Palestin, Musab Al-Battat berkata


"Saya ucap terima kasih kepada semua yang menyokong kami," katanya.


"Kami mampu menghadirkan senyuman kepada wajah yang sentiasa menyokong kami sama ada di dalam atau luar Palestin."


Lebih manis, laungan BEBAS PALESTIN bergema di pentas Piala Asia sebelum perlawanan ini berlangsung.


Highlight Hong Kong vs Palestine


Gol pertama di jaringkan oleh Oday Dabbagh pada minit ke 12. Dia yang mendapat hantaran cantik dari arah kanan padang menanduk bola itu menewaskan penjaga gol Hong Kong untuk menjadi kan kedudukan 1-0. 


Kemudian Zaid Qunbar menjaringkan gol kedua seawal dua minit selepas separuh masa keddua bermula. Skripnya masih sama. Dia mendapat hantaran cantik dai sebelah kanan lalau menanduk masuk kedalam gol. 


Palestin kotakan Janji Kepada rakyatnya



kemudian oday menutup malam gemilang palestin dengan gol ketiga pasukan pada minit ke 60. Dia yang menendang bola muntah yang terus kena di kakinya dalam menendang masuk mengalahkan penjaga gol lawan.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama