Kami akan bermain habis habisan - Junior Eldstal

Tiada jalan mudah untuk korea selatan mengalahkan Harimau Malaya pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan Piala Asia 2023 esok. Malaysia yang sudah tidak layak ke pusingan seterusnya bakal bertemu gergasi asia itu sebelum pulang. 


Junior Eldstal berkata mereka tidak memandang enteng perlawanan terakhir ini sebaliknya akan berikan yang terbaik bagi mendapat sekurang-kurangnya satu mata untuk dibawa pulang ke Malaysia nanti.


Kami akan bermain habis habisan - Junior Eldstal



Pemain kacukan negara ini berkata;

 

"Masih lagi dalam pertandingan dan kami tetap fokus akan pergi ke sana (Stadium Al Janoub).



"Aksi terakhir ini kami akan buat habis-habisan untuk diri sendiri dengan harapan membuatkan Malaysia bangga.


"Kami telah melupakan apa yang berlaku (kekalahan) semasa bertemu Bahrain. Misi kami adalah sekurang-kurangnya dapatkan mata di Qatar ini," katanya.


"Mungkin ada peluang (dapat mata) walaupun agak tipis dan pentas di Doha adalah peluang terakhir bermain untuk pemain tua di Piala Asia akan datang," katanya.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama