Matt Davies Harap Penyokong Realistik

Sebelum perlawanan menentang Jordan baru-baru ini, Kapten Harimau Malaya iaitu Matt Davies berkata dia dan rakan sepasukan berharap agar rakyat Malaysia realistik dengan prestasi Harimau Malaya di pentas Piala Asia ini.


Matt Davies Harap Penyokong Realistik



Davies berkata; 

"Kami di ranking ke-130 dan kami pasukan underdog jika dibandingkan dengan pasukan lain dalam Kumpulan E terutama Korea Selatan.


"Kami harap penyokong realistik yang mana Bahrain dan Jordan juga berada di ranking lebih tinggi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Juara dua kali, Korea Selatan menjadi pasukan pilihan dalam Kumpulan E dengan skuad itu berada di kedudukan 23 dunia, Bahrain (86), Jordan (87) dan Malaysia (130).


Sekadar kemaskini selepas perlawanan menentang Joran, Skuad negara terpaksa realistik dengan kekalahan 0-4 kepada pasukan itu. Ia sekali gus meletakkan Malaysia di ambang penyingkiran awal dari Piala Asia.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama