Kami Terlalu Agrresif di atas - Matt Davies

Selepas perlawanan menentang Jordan baru-baru ini, Kapten Malaysia Matthew Davies mengatakan mereka terlalu ghairah di bahagian hadapan sehinggakan membuka ruang yang besar di bahagian serangan lawan membolosi gawang Malaysia.


Davies yang juga pemain JDT berkata gol awal Jordan menyebabkan Malaysia terbunuh atau merencatkan perancangan awal pasukan. Untuk yang belum tahu, skuad Malaysia kalah 0-4 kepada Jordan dalam aksi pertama Piala Asia 2023 di Qatar.


Kami Terlalu Agrresif di atas - Matt Davies



Matt Davies berkata; "Gol awal itu 'membunuh' pasukan dan kami sebenarnya boleh memperagakan permainan lebih baik lagi.


"Bukan hanya keputusan, tapi mutu persembahan turut mengecewakan kami. Kami agak terlalu agresif dalam memberi tekanan di atas.



"Sukar untuk melihatnya di atas padang dan kami akan menganalisisnya, kemudian lihat apa yang boleh dilakukan," katanya selepas aksi itu.


"Kami akan menghadapi perlawanan seterusnya dalam lima hari lagi. Kami perlu bangkit untuk memburu keputusan positif," katanya.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama