Faisal Halim Luah Keyakinan Ke Piala Dunia

Menjelang aksi pembukaan Piala Asia 15 Januari 2023 ini untuk skuad negara, Keyakinan terus diluahkan oleh pemain kebangsaan Faisal halim untuk layak ke piala dunia pula selepas ini. Faisal juga mengatakan tidak mustahil untuk kita melakukan kejutan di masa hadapan.


Faisal Halim Luah Keyakinan Ke Piala Dunia



Faisal berkata "Mana tahu masa yang akan datang kita di Piala Dunia, siapa pun tak tahu kan."


"Semua orang ingin bermain di pentas tertinggi seperti Piala Asia ataupun Piala Dunia. Tapi kita di landasan yang baik, kita 'go step by step' sekarang kita di pentas Asia.


"Mana tahu masa yang akan datang kita di Piala Dunia, siapa pun tak tahu kan. Benda ini tak boleh jangka.


"Tak ada orang boleh buat keputusan tapi yang penting itu semua hasil kerja keras kita," ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, awal pagi tadi.


"Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semua pemain bersemangat untuk ke Piala Asia. Ini adalah satu peluang yang terbesar untuk pasukan kebangsaan.


"Kita pergi ke sana bukan sekadar melengkapkan kuota, tapi kita pergi untuk memberi saingan untuk pasukan lain," katanya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama