10 Pemain Tinggalkan Skuad Sri Pahang

Baru-baru ini skuad Sri Pahang ada mengumumkan pemain-pemain yang akan meninggalkan kelab berkenaan dan tidak akan bermain bersama lagi untuk musim hadapan. Di Facebook rasmin pasukan itu, merekka mengucapkan terima kasih kepada pemain-pemain itu kerana telah bersama untuk satu musim yang menakjubkan.


10 Pemain Tinggalkan Skuad Sri Pahang



4 Pemain import yang bakal meninggalkan pasukan adalah Kevin Ingreso dari Filipina, Michael Glassock (Australia), Lucas Silva (Brazil) dan Sherzod Fayziev (Uzbekistan).


Manakala 4 pemain import lain seperti Kpah Sherman dari Liberia, Kuvondik Ruziev (Uzbekistan), Stefano Brundo (Argentina) dan Rafael Silva (Brazil) masih dikekalkan.


Enam pemain tempatan yang turut sama angkat kaki dari pasukan Sri Pahang ialah Nicholas Swirad, Muslim Ahmad, Abdul Malik Mat Arif, Zuhair Aizat Mohd Nazri, Wan Syazmin dan Shahrul Nizam Mohf Nadzir.


Dalam postingan facebook itu berbunyi;


"Komitmen, dedikasi dan keringat yang dicurahkan Ingreso, Glassock, Lucas, Fayziev, Swirad, Muslim, Abdul Malik, Zuhair Aizat, Wan Syazmin dan Shahrul Nizam sepanjang menyarung jersi Tok Gajah serta impak positif yang dibawa kepada kelab akan sentiasa dihargai dan dikenang.


"Terima kasih, semoga terus berjaya bersama pasukan baru," kata hantaran itu.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama