Australia mudah kalahkan India

Disebalik fans base yang besar, pasukan India terpaksa akur dengan kekalahan pertama mereka di Piala Asia 2023 sebentar tadi kepada pasukan Australia. Habis mengamuk fans India di facebook sebentar tadi. hehe nak buat macam mana dah kalah kan.



v


Australia buat persiapan rapi.

Berdasarkan pemerhatian daripada perlawanan, memang nampak pasukan Australia agak detail dalam memahami pergerakan pasukan India. Di separuh masa pertama, kedua-dua pasukan berjaya mengawal gawang masing-masing daripada di bolosi lawan.


Namun keseluruhan perlawanan pada babak pertama di pegang oleh pasukan Australia. Pasukan India banyak bertahan di dalam kubu sendiri kerana australia betul-betul menyerang.


bersambung babak kedua, pasukan Australia tidak tunggu lama apabila berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 50 menerusi pemain Jackson Irvine.


Kemudian mereka berjaya mendapatkan gol kedua mereka menerusi jordan boss pada minit ke 73. Dia mendapat hantaran dari pemain R. McGree sebelum menjaringkan gol tersebut.


Keputusan akhir, Australia 2-0 India.


Statistik perlawanan


pasukan Australia telah membuat percubaan sebanyak 28 kali berbanding India hanya 4 kali sahaja. Namun begitu, Australia hanya mendapat shot on target sebanyak 6 kali dan India hanya sekali.


Australia mudah kalahkan India


Ball possession pula dimenangi oleh Australia dengan 71% manakala pasukan India hanya 29% sahaja.


Tiada kad diperoleh oleh pasukan Australia manakala India mendapat 1 kad kuning sepanjang perlawanan berlangsung.


Pass Accuracy untuk pasukan Australia sebanyak 88% manakala pasukan India hanya 68%.


Berdasarkan statistik ini kita juga dapat kenal pasti kenapa kemenangan berpihak kepada pasukan Australia dalam perlawanan ini.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama