-->

Sri Pahang Kekalkan 4 Import untuk musim 2024?

Baru-baru ini, Arena METRO ada melaporkan mengenai pasukan bola sepak Sri Pahang. Mereka mengatakan pasukan tok gajah bakal mengekalkan 4 import mereka musim ini untuk beraksi di musim hadapan.


Sri Pahang Kekalkan 4 Import untuk musim 2024?



menurut sumber berkenaan berkata;  "Bagaimanapun, segalanya bergantung kepada penilaian prestasi yang dilakukan barisan kejurulatihan dalam menentukan kedudukan pemain import.


"Tidak dinafikan pemain import baharu akan menyertai skuad Tok Gajah musim depan tetapi segalanya masih dalam perancangan terutama dalam memperkasakan jentera serangan dan tengah," kata sumber itu.


Antara yang bakal dikekalkan adalah seperti Kpah Sherman dari Liberia, Stefano Brundo (Argentina), Michael Glassock (Australia) dan Kuvondik Ruzief dari Uzbekistan manakala Rafael Silva (Brazil) dan Sherzod Fayziev (Uzbekistan) tidak lagi bersama skuad Tok Gajah.


Pada November lalu, Kevin Ingreso dari Filipina dan Lucas Silva (Brazil) meninggalkan skuad Tok Gajah sebaik kontrak berakhir.


Memandangkan liga bakal rehat panjang, jadi kita belum tahu apa yang akan berlaku kepada para pemain-pemain yang bermain di liga super nanti.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama