Aaron Setuju Tidak Berlembut dengan Pemain Badminton negara

Baru-baru ini Akademi Badminton Malaysia menyuarakan perkara yang mana mereka tidak mahu memanjakan pemain-pemain di bawah akademi mereka. Ia berikutan pemain-pemain ramai yang jatuh prestasi jika di manjakan terlebih.


Aaron Setuju Tidak Berlembut dengan Pemain Badminton negara



bercakap demikian adalah Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky berkata, ia akan menggangu pemain dan merosakkan impian negara di masa hadapan.


Ketika ditanya media, beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik bersetuju barisan kejurulatihan tidak perlu terlalu 'baik hati' dalam usaha membentuk barisan pemain lebih kental dan tahan lasak.


Aaron berkata, 


"Saya fikir bagus untuk mereka kerana kita tak boleh terlalu baik hati atau berlembut kerana pemain seperti anak. Kita kena tekan mereka sedikit supaya keluar dari zon selesa dan mengetahui tahap sebenar apabila beraksi di pentas lebih mencabar," katanya, ketika ditemui, selepas majlis pelancaran produk Haier, sebentar tadi.


--


Sudah pasti meletakkan tekanan kepada pemain dapat melahirkan permata yang bernilai di masa hadapan. Ini dibuktikan dengan latihan keras yang pernah di lalui oleh Datuk Lee Chong Wei sewaktu sebelum bergelar pemain no 1 dunia satu ketika dahulu.


Hasil didikan yang keras menghasilkan pemain yang hebat seperti chong wei. Kita doakan juga agar pemain-pemain negara mampu membuktikan sesuatu di masa hadapan.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama