Wan Zack Kekal di Perak Untuk Musim Depan.

Kelibat Wan Zack Haikal menjadi rebutan pasukan-pasukan liga super selepas peningkatan prestasi pemain itu dalam beberapa perlawanan bersama dengan pasukan Perak.


Namun gossip liar itu dipatahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsudin selepas dia mengesahkan pemain itu kekal di Perak untuk musim hadapan.


Dia juga berkata yang wan zack akan menanda tangani kontrak rasmi selewat-lewatnya pertengahan bulan ini. 


Wan Zack Kekal di Perak Untuk Musim Depan.


Bobie Farid berkata; 


"Kita berpuas hati dengan prestasi dan sumbangan diberikan Wan Zack Haikal kepada pasukan sepanjang musim ini.


"Kita mengharapkan beliau dapat terus mengekalkan prestasi, sekali gus menyumbang kepada kejayaan pasukan untuk saingan liga musim depan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.



"Pada masa ini, kita tidak mahu terburu-buru mendapatkan pemain baharu lebih-lebih lagi Liga Super masih berbaki tiga perlawanan.


"Cuma, kita boleh beri jaminan ada pemain yang akan dibawa masuk untuk mengukuhkan lagi keberadaan Perak dalam saingan Liga Super. Itu antara sasaran kita untuk musim depan," katanya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama