Aguero dan Silva ketuai serangan Sri Pahang Malam ini.

Menjelang aksi perlawanan tertunda Liga Super malam ini, pasukan Sri Pahang bakal turun dengan aksi yang bertenaga menentang pasukan PDRM FC.


Sementara itu mereka mendapat perkhabaran yang kurang enak apabila tonggak pasukan, Kpah Sherman mengalami kecederaan.


Aguero dan Silva ketuai serangan Sri Pahang Malam ini.



Walaupun sepatutnya boleh bermain selepas digantung perlawanan sebelum ini. Namun masalah kecederaan lutut pula menghantui pemain itu.


Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad berkata;


"Sherman sepatutnya boleh bermain esok selepas digantung satu perlawanan sebelum ini, tetapi kecederaan lutut menyebabkan khidmatnya kemungkinan tidak dapat digunakan.


"Kecederaan Sherman menyebabkan saya mungkin menggandingkan Aguero dan Rafael atau Lucas Silva untuk menambahkan kekuatan di bahagian serangan.



"Pada masa sama, khidmat Nor Azam Azih mungkin tidak dapat disenaraikan kerana belum berada pada prestasi terbaik selepas pulih daripada kecederaan.


"Namun, Baqiuddin Shamsudin yang sebelum ini tidak beraksi kerana kecederaan akan kembali beraksi esok," katanya.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama