Terengganu terlepas 3 mata, Diikat Central Coast Mariners

 Kecewa juga tidak menang perlawanan ini tetapi syukur masih ada satu mata diperoleh adri Industreee Stadium berbanding pasukan-pasukan lain yang dibelasah teruk tuan rumah di tempat yang sama.


Terengganu terlepas 3 mata, Diikat Central Coast Mariners


Terengganu berkunjung ke Australia bagi aksi AFC Cup 2023 kumpulan G semalam. Pasukan ini terpaksa akur dengan keputusan seri diperoleh dari perlawanan ini.


Terengganu mempunyai banyak peluang untuk jaringkan gol tetapi gagal melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna. Gol hanya muncul pada separuh masa kedua.


Pada minit ke 53 apabila sepakan penjuru sony norde berjaya ditanduk oleh engku syakir lalu menewaskan penjaga gol central coast mariners dan pertahanan lawan.


Bola itu melambung tinggi dan masuk ke gawang tanpa boleh dihalang oleh pemain pasukan lawan. Walaupun sudah mendahului perlawanan, TFC tidak mampu mengekang kemaraan tuan rumah apabila mereka melakukan serangan demi serangan.


Hasilnya pada minit ke 87, gol penyamaan oleh central coast mariners hadir menerusi Di Pizzio setelah dia mendapat hantaran lintang dari sebelah kiri lalgu menendang masuk menewaskan suhaimi husin.


keputusan akhir, Mariners 1-1 terengganu.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama