Matt Davies Yakin JDT menang lawan Kawasaki Frontale Petang ini

Pemain bek kanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Matthew Davies meluahkan keyakinannya untuk mengalahkan pasukan tuan rumah Kawasaki Frontale petang ini. Perlawanan ini merupakan perlawanan AFC Champion League.


Matt Davies Yakin JDT menang lawan Kawasaki Frontale Petang ini



Davies berkata ketika sidang media sebelum perlawanan;


"Kami gembira dan tidak sabar untuk beraksi esok kerana ini kali keempat kami bertemu Kawasaki dalam dua tahun dan seakan sudah mengetahui tentang mereka dengan baik.


"Semua tahu mereka lawan yang kuat dan tidak akan mengambil mudah kerana kami tahu ianya satu perlawanan sukar dan seperti dikatakan jurulatih ianya aksi yang penting buat kami dan ia ibarat perlawanan akhir.


"Namun begitu, kami hadir ke sini untuk berikan segalanya dan cuba membawa balik keputusan positif dari sini," katanya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama