Esteban Solari Ada Ramuan Tundukan Kawasaki Frontale

 Jurulatih pasukan JDT, Esteban Solari nyata sudah bersedia dan juga berkeyakinan untuk mengalahkan pasukan Kawasaki Frontale dalam aksi ke lima kumpulan I AFC Champion League. JDT perlu menang perlawanan ini bagi memudahkan mereka layak ke pusingan seterusnya.


Esteban Solari Ada Ramuan Tundukan Kawasaki Frontale



Ketika di tanya media, Solari berkata faktor cuaca tidak banyak perubahan dan tidak mengganggu pemain JDT untuk beraksi dengan baik dalam aksi perlawanan petang ini.


Solari berkata; "Kondisi cuaca tidak banyak bagi perubahan terhadap pemain malah untuk cepat menyesuaikan diri dengan kondisi itu maka kami terbang ke Jepun lebih awal bagi memahami keadaan di sini dan juga kami menjalani latihan dan pemain tampak tidak kekok.

 


"Pemain juga mengetahui akan kondisi cuaca yang mereka perlu dihadapi malah ada beberapa pemain sudah bermain di negara cuaca sejuk termasuk baru-baru ini pemain kebangsaan beraksi di Taiwan dan juga ketika aksi menentang Ulsan Hyundai di Korea Selatan.


"Saya enggan meletak kondisi cuaca sejuk sebagai alasan kerana kami berada di sini lebih awal bagi membuat persiapan sebelum aksi sebenar menentang skuad kendaliaan Toru Oniki. Apapun yang menyukarkan adalah perlu menempuh penerbangan berjam-jam dan terpaksa beraksi di luar," katanya.aaa

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama