Satu perlawanan yang cukup dramatik semalam apabila skuad negara bimbingan Kim Pan gon berjaya mengalahkan pasukan Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Perlawanan bermula dengan gol pembukaan menerusi tandukan dion cools pada minit ke 6 selepas mendapat hantaran sepakan sudut arif aiman.
Kemudian sebelum rehat babak pertama pemain kyrgyzstan menyamakan kedudukan Zhyrgalbek pada minit ke 42. gol kedua pasukan kyrgysztan pula dijaringkan oleh Ernist Batyrkanov selang dua minit kemudian.
Dia yang mendapat bola lantunan hasil tandukan rakan sepasukan dan merebat bola menewaskan penjaga gol negar Syihan.
bersambung babak kedua, Kai Merk menjaringkan gol ketiga kyrgyzstan selepas berlaku pergelutan di dalam kotak penalti yang membuatkan pertaahanan negara berterabur. Ia memberi peluang kepada kai merk menjaringkan gol.
Namun begitu skuad negara mendapat tonik apabila pemain pertahanan kyrgystan menjaringkan gol sendiri pada minit ke 72.
selang 5 minit kemudian, Dion cools sekali lagi menanduk masuk untuk gol penyamaan menerusi sepakan sudut.
Pada mint ke 93, Faisal Halim menjaringkan gol kemenangan selepas mendapat bola hantaran dari Arif aiman.
Keputusan akhir, Malaysia 4-3 Kyrgyzstan.
Catat Ulasan
Jom komen ! :)