12 mata dalam kumpulan sudah dalam tangan -Kim Pan Gon

Kim pan gon luah rasa keyakinan untuk mendapat 12 mata pertama dalam peringkat kumpulan kelayakan piala dunia 2026 ini.


12 mata dalam kumpulan sudah dalam tangan -Kim Pan Gon



Pan gon berkata; "Kita ada enam perlawanan penting pada peringkat kumpulan dan semuanya cukup penting. Sasaran pasukan adalah untuk mengutip tiga mata pada setiap perlawanan.



"Mungkin ketika bertemu Oman kita boleh cipta kejutan dan siapa tahu kita boleh mendapat enam mata maksimum sewaktu menentang Taiwan. Namun, cukup penting untuk kita melakar keputusan positif dahulu bertemu Kyrgyzstan.


"Jika ditanya mengenai kutipan mata keseluruhan untuk layak, saya rasa 12 mata keseluruhan daripada enam perlawanan cukup bagus tetapi lebih manis andai mengutip 13 mata," katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di sini, sebentar tadi.


"Pemain ke-12 diharap boleh memenuhi stadium kerana sokongan anda sudah pasti membantu pasukan kebangsaan memperoleh keputusan positif," katanya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama